Bab 1 : Pengenalan

6:45 pm

Assalamualaikum dan Hello peeps.




For those people who can't understand Malay language, please study Malay cause it is fun and amazing for you to speak and understand this easy peasy Malay language. Well, I know that studying a language is not that easy, but I think my native language which is Malay is quite easy for you to learn. Okay, whatever. Anyway, I just wanted to tell that in my first post, I'm gonna write in Malay.

Pengenalan. Saya Farehah. Tinggal di Perak, Malaysia. Tarikh lahir 27 May. Masih lagi belajar. Pengalaman dalam bidang penulisan blog ini sememangnya tidak asing lagi bagi saya. Sudah mula menulis blog sejak tahun 2011 lagi tapi kurang aktif disebabkan kekurangan idea dan kemalasan yang melampau.

Jadi, sebab apa kembali menulis?
Saya mula mahu menulis bertujuan mengembangkan otak dan juga skil dalam bidang penulisan ini. Tidak pasti mahu menggunakan bahasa yang formal ataupun santai sebab masih baru lagilah kiranya. Mungkin dalam post yang akan datang bakal bercampur-campur bahasa formal dan bahasa santai lepak kedai kopi. Dan! Mungkin juga akan ada bahasa-bahasa yang baru. Manalah tahu kan.. Sebab saya dah mula berminat nak belajar bahasa-bahasa asing pulak.

Dari segi konsep penulisan pulak, dalam blog ni akan dimuatkan pelbagai jenis post sama ada pengalaman, jalan-jalan, makan-makan, apa-apa je lah kan. Sebab saya menulis untuk isi masa lapang je. Hehehe. Harapnya di masa akan datang akan lebih banyaklah idea nak menulis. Jangan sekerat jalan. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah.

Takat sini sajalah pengenalan yang tak berapa nak kenal. Kalau ada soalan tanya jelah. Saya akan cuba untuk menjawabnya sesedap rasa anak tekak ini. Sekian.

You Might Also Like

0 comments