Bab 2 : Jumpa Semula Kawan Sekolah

2:15 am

Assalamualaikum and Hello peeps.

Hari ini, kawan aku ajak pergi berbuka puasa sekali dengan kawan-kawan masa sekolah dulu. Lebih spesifik, kawan masa Form 5 dulu. Tapi perjumpaan ni tak semualah yang pergi. Kawan aku ajak kawan yang rapat je lah dulu. In shaa Allah masa raya nanti baru jumpa ramai-ramai. Okay. Sebenarnya tak banyak pun nak cerita pasal diorang cuma aku rasa seronoklah tengok kawan-kawan aku ade macam-macam jenis. Masing-masing ada pengalaman yang tersendiri dan uniklah bagi aku. Walaupun ada yang masih menganggur. Hahaha.

Dalam masa lepak-lepak tadi, hanya tiga orang yang masih lagi belajar. Aku, Akem dengan Safwan. Sebab kami belajar degree, jadi lambat mula, lambatlah habis. Yang lain pelajar diploma dan ada yang dah bekerja dah pun. Tak kisahlah diploma ke degree ke apa yang penting aku suka tengok kehidupan sebenar lepas belajar. Terutama kawan aku yang dah habis belajar. Aku rasa kagum. Sebab aku pun tak tahu lagi aku punya bidang ni akan dapat kerja bahagian mana. Lagipun, sebebnarnya aku belajar bukan sebab nak dapat kerja. Bagi aku kerja adalah satu perkara yang lain. Apa yang aku belajar di universiti adalah satu pengalaman yang takkan pernah aku lupa.

Betapa susahnya nak buat tugasan yang pensyarah bagi. Walaupun ada Dr. Google, Tapi bukan senang nak buat dan nak selarikan dengan kehendak pensyarah weh. Nak pulak kena dengan orang macam aku jenis malas nak jumpa pensyarah, jadi memang lambatlah buat tugasan. Korang jangan contohi aku. Kos apa sebenarnya aku ni? Dekat mana aku belajar, itu semua akan diceritakan nantilah sebab post ini khas untuk aku dedikasikan kenangan aku berbuka dengan kawan sekolah aku. Lupa nak cakap, diorang semua gila. Sebab tu aku sanggup pergi join diorang. Kalau jenis mendap boring, jangan harap aku join. Hahaha.

Jom tengok gambar. Aku tak sempat nak tangkap banyak-banyak sebab sibuk makan dan sembang. Ni je yang ada.


Ikmal, Wan, Akem, Salman punya hasil tangkapan. Tudiaa penuh 2 tray kentang. Makanlah sampai buncit. Memang tak larat habiskan. Tapi dengan kekuatan dan tenaga dari Wan dan Ikmal, hasilnya habis jugak.


Sementara menunggu 4 ketul lagi, kami welfie dulu sebagai kenangan dan tambahan dalam galeri di media sosial aku. 



Setelah semua tiba, pun kami welfie lagi. Aku malas nak taip nama sorang-sorang, jadi biarkan jelah orang yang kenal je yang tahu.Korang yang tak kenal perhati je dari jauh. 


Lagi gambar dari sisi lain pulak. Kurang sorang kerana si tukang tangkap gambar tak perasan. Beliau yang tiada dalam gambar, telahpun diwakili oleh bagnya. Jadilah. Yang sorang lagi tak sabar nak makan. Dah lapor le tu.


Yang ni saja letak. Yang tengah, hang buat apa tuh wey. Orang tenung makanan, hang buat apa? Anti-sosial.


3 orang jejaka bersama 1 jenis bunga matahari. Sebab matahari comel. Jangan pertikai. Sorang lagi takda sebab kurang penting gamaknya.
Masing-masing ada cerita tersendiri yang tak sempat aku nak korek banyak-banyak. Sikit je.


Aku rasa cukuplah takat sini saja. Nak post banyak-banyak gambar rasa macam tak perlu je. Jumpa kalian masa raya pulak nanti. Tak tahulah 5 tahun lagi macam mana. Ni pun aku dah amazed sebab dapat jumpa korang semua. Salam sayang dari aku. Semoga kita terus kenal untuk jangka masa panjang. Sekian.

p/s : Gambar aku sememangnya suka letak saiz besar. Biar aku puas tengok.

You Might Also Like

0 comments